Pemasangan Aplikasi Selamat(Secured Land Management System)

selamat1
Pemasangan Aplikasi Selamat(Secured Land Management System) telah diadakan di Pejabat Tanah Baling pada 31 october 2014 sehingga 2 november 2014.Anatara Unit-Unit yang terlibat ialah Unit Pendaftaran/Geran,Unit K(Pelupusan) , Unit PAP,Unit A dan Unit Pesaka.Terima Kasih kepada warga kerja Pejabat Tanah Baling yang sudi hadir pada tarikh tersebut.
Advertisements

Kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf bilik server Pejabat Tanah Baling

Bilik server Pejabat Tanah Baling dalam proses penyelenggaraan dan menaiktaraf. Kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf bilik server Pejabat Tanah Baling sedang dijalankan bermula pada bulan oktober.Terima Kasih pada kontraktor yang bertungkus lumus dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf bilik server.

 IMG_20141103_083401
  

Program Kuanter Bergerak Kutipan Hasil Tanah di kampung Besah,Kuala Ketil

Program Kuanter Bergerak Kutipan Hasil Tanah di kampung Besah,Kuala Ketil pada 28/10/2014 yang mendapat kutipan hasil yang kedua tertinggi pada tahun ini.terima kasih kepada warga kerja Pejabat Tanah yang terlibat dalam program ini.

10749448_384575068360606_1944734763_n

10743757_384575081693938_758513743_n

10743805_384575238360589_2021954132_n

10751700_384575051693941_1010043629_n (1)

10743292_384575188360594_1198588071_n

10736012_384575058360607_901926686_n

10744818_384575088360604_1715581040_n

10744941_384575198360593_639572497_n

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2014

105417-ankita-lokhande-wishes-happy-diwali.jpg

Perayaan yang disambut sebagai ‘Pesta Cahaya’ ini semestinya mempunyai nilai yang boleh dikongsi bersama terutama apabila secara simboliknya, menggambarkan tanda kemenangan kuasa kebaikan bagi mengatasi kejahatan. Sifat cahaya itu sendiri yang menerangi kegelapan perlu dihayati agar kita dapat memastikan segala tindakan kita terutama dalam berblogging dapat memberi manfaat serta kebaikan yang besar kepada semua.

Dikesempatan ini aku ingin menyucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. Moga cahaya kegembiraan dan perpaduan akan kekal selama-lamanya. Kepada yang pulang bercuti di kampung halaman, berhati-hati semasa memandu di jalanraya dimusim perayaan.

Ikhlas Dari Warga Kerja PTB

Majlis Hari Raya Korban dan Majlis Pertukaran Encik Ghazali.

 
Baling-2 Oktober 2014 bersamaan 7 Zulkaedah 1435H (Khamis) – Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Tanah Baling  telah mengadakan Majlis Qurban.Pada tarikh tersebut juga telah mengadakan Majlis Pertukaran bagi Majlis Pertukaran Encik Ghazali bin Othman pada 09 Oktober 2014 bersamaan 14 Zulhijjah 1435H (Hari Raya Kelima Aidil Adha 1435H) bertempat di , Pejabat Tanah Baling bermula jam 9.00 pagi dengan ini semua dijemput hadir.

Majlis Ini diadakan untuk menyambut Raya Aidil Adha da pertukaran Encik Ghazali bin Othman ke Pejabat Tanah Kulim dengan kenaikan pangkat gred NT32.

  10689801_738027312900296_5354249691090909551_n
Muhammad Akmal B. Ramli
Menerima Hadiah Perkahwinan Daripada Tuan PTD Baling
10670099_738026349567059_3449680410836308734_n
Ghazali Bin Othman
Menerima Hadiah Pertukaran dan kenaikan Pangkat Daripada Tuan PTD Baling
10670038_738028139566880_5825633805635483281_n 
Ghazali Bin Othman
Menerima Hadiah Pertukaran dan kenaikan Pangkat daripada Wakil Unit Teknikal

Perarakan Sembutan Hari Kemerdekaan yang ke 57

10712895_1477945282473133_8144080977522167626_n

BALING Pada 15  SEPT 2014, Pejabat Tanah Baling dan agensi kerajaan seluruh daerah baling turut bersama-sama menyertai Perbarisan dan Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-57 Peringkat Daerah Baling yang telah diadakan di pekan Baling.

Seramai 33 orang kakitangan telah mengambil bahagian dan diketuai oleh Encik Mohd Fitri bin Che Jamil  selaku Ketua Kontijen. Terima kasih di atas komitmen tuan/puan kerana sama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

480 Hektar Tanah Terbiar Diusahakan

hektar

BALING 21 Julai – Lebih 480 hektar tanah terbiar sekitar daerah ini akan dimajukan dengan pelbagai projek pembangunan khususnya dengan tanaman padi dan pertanian lain untuk manfaat rakyat.

Ahli Parlimen Baling, YB. Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Kerajaan melalui agensi berkaitan pertanian serta Biro Pertanian UMNO Bahagian Baling sedang menyusun usaha mengenal pasti tanah terbiar terbabit supaya dapat dimajukan bersesuaian dengan struktur tanah untuk projek pertanian.

Menurutnya, banyak tanah terbiar terbengkalai berpunca sistem perparitan tidak tersusun menyebabkan ramai petani meninggalkan tanah mereka selama bertahun-tahun.

“Berikutan itu, kita minta Jabatan Pertanian serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) membantu sambil saya berusaha mendapatkan peruntukan supaya tanah terbiar dapat dibangunkan semula terutama ditanam dengan padi atau tanaman lain yang sesuai mengikut keadaan tanah.

“Saya yakin jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil Baling mampu menjadi kawasan tanaman padi terbesar, sekaligus membuka ruang dan peluang kepada generasi muda untuk bertani,” katanya selepas menyampaikan sumbangan raya kepada 239 cawangan UMNO empat peringkat sekitar Parlimen Baling di Kompleks Rakan Muda, di sini.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut mengenal pasti sebahagian tanah kosong di daerah ini yang tidak sesuai dengan pertanian, untuk dimanfaatkan melalui projek industri seperti kilang automotif jenama terkemuka yang kini dalam proses rundingan, selain kilang kereta perisai yang akan dibangunkan.

“Buat masa ini, pusat latihan dan kaedah pemindahan teknologi bagi kenderaan berjenama AUDI masih di peringkat perbincangan untuk memastikan projek itu memberi manfaat kepada rakyat.

Sebuah syarikat Korea ada menyuarakan minat untuk bekerjasama membangunkannya di daerah ini.

“Kita akan kenal pasti lokasi bersesuaian dan jika projek ini berjaya direalisasikan tahun depan, kita akan urus soal tanah dengan Kerajaan Negeri. Kita yakin ia secara tidak langsung dapat membantu melonjak pertumbuhan ekonomi kawasan serta membantu penduduk setempat menambahkan pendapatan,” ujarnya.

Sumber:UMTK

PROGRAM EHYA’ RAMADHAN 1435H/2012M

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan PROGRAM EHYA’ RAMADHAN 1435H/2012M yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah) .Dan turut mengadakan pelbagai program. dan turut di hadiri oleh pencemarah terkenal iaitu Al Fadhil Ustaz Haslin bin Baharin  YBhg, Tuan Syeikh Yusoff bin Ahmad dan Ustaz Kazim bin Elias Al-Hafiz. Dan Diselangi dengan persembahan nasyid.

UPACARA MAJLIS

TARIKH      : 6 – 9 JULAI 2014(AHAD)

TEMPAT    :  DEWAN SERI NEGERI,WISMA DARUL AMAN

ALOR SETAR,KEDAH DARUL AMAN

MASA         : 8.00 PAGI

PAKAIAN     : KERJA/KEMAS

SOAL JAWAB RAMADHAN

1.Batalkah puasa seseorang sekirinya menelan kahak atau lendir di tekak?

Jawapan:-

Batal puasa bagi orang yang menelan lendir di tekak.Jika puasa wajib maka hendaklah diqadha’.

2.Bagaimana sekiranya terlupa niat puasa dibulan Ramadhan?

Jawapan:-

Niat puasa adalah salah satu rukun puasa.ia wajib dilakukan pada setiap malam bulan Ramadhan,iaitu setelah terbenam matahari sehingga sebelum terbit fajar shadiq.Jika seseorang itu terlupa untuk berniat puasa pada waktu tersebut,maka puasanya tidak sah.Sabda Rasulullah S.A.W:-

3.apakah amalan-alaman sunat yang biasa dilakukan Rasulullah S.A.W sepanjang bulan Ramadhan?

Jawapan:-

Sepanjang bulan Ramadhan Rasulullah mengamalkan zikir,membaca al-Quran, dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah-ibadah solat sunatsebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud:

ehya   Program Ehya Ramadha di Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman

Keputusan Sukan Petanda 2014

4Buat julung julung kalinya temasya Sukan Petanda 2014 bagi Pentadbiran Tanah Daerah Negeri Kedah telah berlangsung dengan jaya dan meriah. Pelbagai acara di pelbagai dipertandingkan seperti bola sepak, badminton, ping pong, tenpin boling, bola jaring, bola tampar dan karom.

sukanNaib Johan Keseluruhan Sukan Petanda 2014

111

Zon B – Johan Bola Sepak

22

 Zon B – Johan Ping Pong

33

Bacaan Tahlil Atas Pemergian Salah Seorang Staf Pejabat Tanah Baling

Salam takziah kepada keluarga arwah En.Jamaluddin bin Shaari salah seorang staf Pejabat Tanah Baling yang telah kembali ke rahmatuallah pada 19 Mei 2014 jam 5.30ptg di Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar. Bacaan tahlil oleh semua staf jabatan atas pemergian beliau telah diadakan pada 20 Mei 2014 jam 8.15pagi. Semoga pemergian beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Faatihah